Tempatan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari positif Covid-19

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari positif Covid-19

14

MIRI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg disahkan dijangkiti COVID-19.

Perkara berkenaan disahkan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Saya ingin menyampaikan salam kemaafaan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kami menerima berita pada jam 9 malam tadi bahawa beliau tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis pada pagi ini.

“Ini kerana beliau telah disahkan positif COVID-19,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Wanita Sarawak 2022.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai untuk mendoakan agar Premier Sarawak cepat sembuh seperti sedia kala.

Sementara itu, Pejabat Premier Sarawak dalam satu kenyataan pada Selasa turut mengesahkan mengenai berita tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Premier Sarawak sedang menjalani kuarantin di rumah selama lima hari.

Premier Sarawak dalam pada itu merakamkan penghargaan atas keprihatinan orang ramai terhadap kesihatan dan keselamatan beliau. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleUMP jalin kerjasama dengan Sarawak bangun bandar pintar, kampus pintar di Pahang
Next articleMalaysia beralih ke fasa endamik bermula 1 April ini – PM
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here