Tempatan Premier Sarawak hadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat

Premier Sarawak hadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat

9

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat daerah Kuching di Atrium, Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sarawak pada Rabu.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 jemputan itu bertujuan mengeratkan hubungan baik antara barisan pemimpin bersama dengan masyarakat yang hadir. 

Selepas berbuka puasa, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari bersama jemputan beragama Islam menunaikan Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih berjemaah yang dipimpin Imam Besar Negeri Sahibul Fadillah Dato Mustapha Kamal Ahmaf Fauzi.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian; Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri kabinet negeri, ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN Sarawak.

Previous article10.33 juta kenderaan elektrik di China, transformasi industri kenderaan elektrik di dunia
Next articleBekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here