Tempatan Premier Sarawak terima kunjungan hormat Duta Besar Republik Uzbekistan ke Malaysia

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Duta Besar Republik Uzbekistan ke Malaysia

4

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Uzbekistan Ke Malaysia Ravshan Usmanov di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Ketika ditemui media, Ravshan memberitahu beberapa perkara antara Uzbekistan dan Sarawak telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

“Saya baru sahaja mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari) yang mana kami membincangkan banyak isu mengenai kemungkinan perdagangan, kerjasama ekonomi, pendidikan dan pelancongan,” jelas beliau.

Jelas beliau, pihaknya juga mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) untuk membincangkan kemungkinan menjalinkan usahasama antara ahli perniagaan Sarawak dan perusahaan Uzbekistan.

Turut dibincangkan tambahnya adalah mengenai potensi operasi import eksport pada masa hadapan yang ada serta titik persamaan yang boleh ditemui antara Uzbekistan dan Malaysia.

“Saya merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) untuk membincangkan kemungkinan hubungan dari segi membuka usaha sama antara ahli perniagaan Sarawak dan perusahaan Uzbekistan,” – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleAkhirnya, Frank Steward berjaya memasuki UPSI
Next articleKabinet lulus projek MRT3, LPB dan tebatan banjir bernilai RM15 bilion
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here