Dunia Premier Sarawak tinjau teknologi hidrogen terkini di pameran Shell 

Premier Sarawak tinjau teknologi hidrogen terkini di pameran Shell 

13

ROTTERDAM: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama rombongan telah mengadakan lawatan singkat ke pameran Shell bagi meninjau teknologi hidrogen terkini yang dibangunkan oleh syarikat tersebut.

Lawatan ini sempena Sidang Kemuncak & Ekspo Hidrogen Sedunia 2022 yang diadakan pada Isnin hingga Rabu di Rotterdam, Belanda. 

Selepas lawatan itu, beliau menghadiri taklimat oleh Shell di tempat yang sama sebelum meneruskan lawatan ke Pejabat Shell di The Hague.

Di pejabat itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari diberikan taklimat mengenai keseluruhan operasi Shell di Sarawak dan prospek-prospek pembangunan dan kerjasama seterusnya. 

Pada Selasa pula, beliau dan rombongan mengadakan lawatan ke Pelabuhan Rotterdam untuk meninjau pembangunan dan operasi pelabuhan yang kelima terbesar di dunia ini. 

Selepas itu, mengadakan lawatan ke Pusat Teknologi Shell di Armsterdam.

Previous articleDipenjara 12 hari, denda RM10,000 halang konvoi TYT Sarawak
Next article2 lelaki ditahan dalam kejadian berasingan di Kuching
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here