Tempatan Premier Sarawak zahirkan penghargaan dan terima kasih kepada GPS Backbencer & kakitangan...

Premier Sarawak zahirkan penghargaan dan terima kasih kepada GPS Backbencer & kakitangan kerajaan

8

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri hadir meraikan Majlis Malam GPS Backbencers bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Majlis tersebut bagi meraikan kejayaan dan penghargaan kepada semua ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) Backbencer yang telah berjaya bersidang selama 8 hari pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19.

Dalam ucapannya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli GPS Backbenchers yang telah berjaya mempamerkan penghujahan yang amat berkualiti tinggi serta berfakta.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan Kerajaan Sarawak dan semua mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan persidangan tersebut.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Prof. Dr Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Awang Asfia Awg Nassar, Ketua Whip DUN Sarawak Dato Haji Ibrahim Baki, Menteri-Menteri, Timbalan Ketua Menteri, ADUN-ADUN GPS serta dif-dif kenamaan lain.

Previous articleIndustri francais mampu berkembang lebih pesat di Sabah dan Sarawak
Next articleSri Aman tuan rumah Kejohanan Tinju Sarawak Terbuka 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here