Dunia Produk Kinder Egg Britain ditarik balik, punca jangkitan bakteria Salmonella

Produk Kinder Egg Britain ditarik balik, punca jangkitan bakteria Salmonella

12

LONDON: Agensi Piawaian Makanan (FSA) Britain memperluaskan penarikan semula beberapa produk selepas coklat Kinder Surprise dipercayai menjadi punca jangkitan bakteria salmonella dalam kalangan kanak-kanak, lapor AFP.

Selain Kinder Surprise, beberapa produk coklat seperti Kinder Mini Egg, Kinder Egg Hunt Kit dan Kinder Schokobons juga dikhuatiri tercemar.

Penarikan itu berlaku selepas lebih 60 kes salmonella di Britain dikaitkan dengan Kinder Egg Surprise.

Syarikat itu memgeluarkan kenyataan amaran berhubung perkara tersebut awal minggu ini.

Sekitar 40 daripada kes keracunan makanan itu melibatkan kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah tetapi tiada kematian dilaporkan, demikian menurut FSA.

Semua coklat yang ditarik balik itu memiliki tarikh luput dari 20 April 2022 sehingga 21 Ogos 2022. -AFP

Previous articleUnit Risikan Marin PPM W5 Bintulu tahan seorang lelaki sedang mengisi minyak 993 liter
Next articleKerajaan akan wujudkan satu Jawatankuasa Khas teliti dan gubal Akta Antilompat Parti
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here