Tempatan

Program Advokasi Pendidikan Seksual bantu tangani isu pembuangan bayi sejak 2016

KUCHING: Usaha meningkatkan kesedaran dan advokasi pendidikan seksual terus berjalan di negeri ini diamna ia telah dianjurkan sejak tahun 2016.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, setakat tahun ini, sebanyak 66 program telah dilaksanakan.

“Seramai 12,695 orang telah menyertai program ini,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Isnin.

Fatimah menambah, program ini menyasarkan pelajar di sekolah, komuniti, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

“Ia bertujuan bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap kesihatan reproduktif,” tambah beliau.

Fatimah menjelaskan bahawa program berkenaan di samping membantu ibu muda mendapatkan bantuan selepas mengandung dan bersalin, ia juga memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan mereka.

Katanya, ia merupakan usaha Kerajaan Sarawak menerusi kementeriannya untuk mengurangkan kehamilan remaja dan pembuangan bayi di negeri ini.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *