Tempatan

Program Citrawarna Keluarga Malaysia ketengah keunikan Sarawak

KUCHING: Tebingan Kuching bermandikan cahaya malam ini berikutan perasmian Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis kebudayaan penuh gilang-gemilang itu turut dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Kenamaan lain yang turut hadir antaranya Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri, Timbalan Menteri Persekutuan.

Simbolik perasmian disempurnakan dengan pukulan gendang secara serentak oleh Tun Pehin Sri Abdul Taib, Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

Majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis-artis tempatan, pertunjukan perahu tambang dan banyak lagi.

Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang bermula pada 24 Februari bakal melabuhkan tirainya pada Ahad, 27 Februari. – SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *