Tempatan Program Dagang dan Perkhidmatan Koperasi atas talian (e-Dapat) serta Program Adaptasi Teknologi...

Program Dagang dan Perkhidmatan Koperasi atas talian (e-Dapat) serta Program Adaptasi Teknologi & Digitalisasi (C-TAP) dapat sambutan yang memberansangkan

8

KUCHING: Seramai 65 peserta yang terdiri daripada 21 buah koperasi dan pegawai-pegawai Syarikat Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Sarawak hadir dan mengikuti Promosi Program Dagang Produk/ Perkhidmatan Koperasi atas Talian ( e-Dapat) dan Program Adaptasi Teknologi & Digitalisasi (C-TAP) di Hotel Raia & Convention Centre Kuching pada Isnin.

Objektif utama adalah menyasarkan koperasi-koperasi Sarawak yang mempunyai produk dan perkhidmatan serta meningkatkan aksesibiliti dan ketersediaan koperasi untuk memasarkan produk atau perkhidmatan koperasi secara atas talian.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada koperasi untuk terlibat dalam teknologi 4.0 dan solusi digital untuk digunapakai bagi menyelesaikan permasalahan teknikal yang dihadapi koperasi.

Turut hadir Pengarah Pembangunan Koperasi, SKM Ibu Pejabat KL Amran Abdul Kadir dan Timbalan Pengarah SKM Cawangan Negeri Sarawak Liew Liuk Chim.

Previous articlePengawal kelab malam disyaki membunuh Bill Kayong dihukum mati
Next articleWaspada penipuan Telegram
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here