KUCHING: Projek Pengindahan Tebingan Sungai Kuching yang dianggarkan bernilai RM160 juta akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun ini.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memaklumkan, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya empat tahun lagi.
“Ia akan dilaksana dari Limbungan Brooke ke Pusat Penjaja Aneka Rasa Jambatan Gantung Satok untuk meningkatkan dan menaik taraf infrastruktur tebing sungai di kawasan Satok,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini pada Jumaat.
Dalam majlis tersebut Premier Sarawak turut meyampaikan sumbangan sebanyak RM 1juta kepada PASBK bagi mereka menjalankan program dan aktiviti serta menambahbaik kemudahan bangunan berkenaan.
Foto:UKAS
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/