Tempatan

Prototaip ART Sarawak dari China tiba di Pelabuhan Senari

KUCHING: Prototaip bagi Transit Aliran Automasi (ART) berkuasa hidrogen Sarawak yang dibawa dari negara China telah tiba di Pelabuhan Senari hari ini.

Ia telah tiba di sekitar perairan Kuching pada Jumaat dan berlabuh di Pelabuhan Senari pada jam 6 pagi tadi.

Ketibaan ART berkenaan telah disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Pengerusi Sarawak Metro, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz.

Semalam, dalam dalam sidang media selepas majlis perasmian Tun Abang Haji Openg Digital Centre (TAHODC) di UNIMAS, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg  memberitahu, ART tersebut bakal diuji kebolehannya terlebih dahulu di The Isthmus Kuching untuk Latihan Pengesahan Konsep (POC).

“Kalau ia bagus, kita akan cuba antara Kuching-Samarahan sama ada melalui laluan yang kita buat. Sekiranya laluan belum siap kita akan menggunakan jalan biasa dahulu,” jelas beliau.

Selain itu, Abang Zohari memberitahu, menerusi pelaksanaan ART itu, para pelajar terutamanya pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan akan menerima manfaatnya kelak.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *