Tempatan Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim mampu lahirkan atlet bertaraf dunia 

Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim mampu lahirkan atlet bertaraf dunia 

17

SIBU: Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim di Sibu Jaya diyakini mampu membantu Sarawak melahirkan lebih ramai atlet bukan sahaja di peringkat nasional malah yang bertaraf antarabangsa. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, dengan adanya kemudahan sukan lengkap ini akan menjadi pusat menghasilkan bakat sukan yang berpotensi besar untuk dilatih mengharumkan nama Sarawak. 

“Kita di Sarawak banyak potensi dalam arena sukan. Saya yakin, kemudahan di Sibu Jaya ini dapat menambah para atlet kita yang boleh berlatih dengan jurulatih yang baik dan akhirnya boleh menjadi atlet di peringkat dunia,” katanya semasa berucap merasmikan Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim dan Sukan Olimpik Khas Negeri Sarawak di sini pada Jumaat. 

Pusat yang bernilai RM13.9 juta itu telah didermakan Amcorp Group Berhad melalui Yayasan Azman Hashim.

Ia mula diina sebelum pandemik COVID-19 pada 2020 mempunyai kemudahan sukan dalaman serta luaran yang lengkap. 

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Tan Sri Hashim pula berharap lebh banyak acara sukan dibawa ke Sibu Jaya baik di peringkat antara bandar, negeri mahupun nasional pada masa akan datang.

Katanya, ini bagi merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan Sibu selain mencungkil bakat sukan yang boleh dilatih untuk menjadi atlet bertaraf dunia seperti ratu terjun negara Datuk Pandela Rinong Pamg. 

Previous articleMedia perlu kongsi maklumat tepat usaha kerajaan tangani pelbagai isu ekonomi
Next articlePusat Sukan Komuniti Azman Hashim mampu lahirkan atlet bertaraf dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here