KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak dan SeDidik Sdn Bhd telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dalam satu majlis di sini pada Isnin.
SeDidik Sarawak diwakili oleh Pengurus Besarnya Ayub Dahari dan Pustaka Negeri Sarawak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Japri Bujang Masli.
Perjanjian berkenaan adalah bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam Program Digital Library PUSTAKA@SeDidik.
Menerusi program Digital Library PUSTAKA @SeDidik dijangka dapat memperkenalkan pendekatan baharu dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan komputer di bilik kelas serta pembelajaran secara interaktif.
Setakat 2022, SeDidik telah menubuhkan 13 buah Pustaka Digital Library untuk memberikan akses kepada kanak-kanak, pendidik, ibu bapa dan komuniti setempat kepada sumber maklumat yang ada di PNS secara percuma.
Antaranya ialah TADIKA SeDidik Dalat, TADIKA SeDidik Jepak 2, TADIKA SeDidik Santubong, TADIKA SeDidik Luak, TADIKA SeDidik Datu Hilir, TADIKA SeDidik Gedong, TADIKA SeDidik Pending, TADIKA SeDidik Pangkalan Lutong, TADIKA SeDidik RPR Sebiew, TADIKA SeDidik Igan, TADIKA SeDidik Bougenvilla, TADIKA SeDidik Mukah dan TADIKA SeDidik Miri.
Foto: Pustaka Negeri Sarawak
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
X : https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/