Tempatan Radio masih relevan sebagai penyampai maklumat sahih

Radio masih relevan sebagai penyampai maklumat sahih

6

KUCHING: Radio masih memainkan peranan sebagai penyampai maklumat yang sahih meskipun dengan ledakan media baharu seperti media sosial dan sebagainya.

Menurut Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Kesejahteraan Komuniti), Mohammad Razi Sitam, kemunculan pelbagai medium penyampaian maklumat pada era ini menuntut tapisan terhadap kesahihan berita yang dilaporkan.

“Rakyat Sarawak khususnya, dalam era COVID19 telah melalui arahan PKP dan sebagainya, berita yang disebarkan ada yang sahih ada yang tidak.

“Jadi pihak RTM sebagai penyiar rasmi yang dikendalikan oleh kerajaan sudah tentu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk disampaikan kepada masyarakat,” katanya semasa ditemui media selepas melancarkan Hari Radio Sedunia ke-11 di perkarangan gelanggang badminton, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Ahad.

Dalam majlis sama, Mohammad Razi turut menyampaikan sumbangan sempena Program ‘Cakna Komuniti: Titipan Kasih Sekalung Budi’ serta melancarkan ‘Kick-Off’ kenderaan rasmi bagi petugas agihan sumbangan luar kawasan.

Hari Radio Sedunia Ke-11 bertemakan ‘Radio and Trust’ disambut sebagai meraikan dan menghargai peranan serta fungsi radio pada masa kini. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleMusim ‘bubuk’ di Miri kini kembali
Next articleSaguhati jemaah umrah dikreditkan 18 Februari ini – Idris Ahmad
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here