Sukan Raheem Sterling sah pemain Chelsea

Raheem Sterling sah pemain Chelsea

3

LONDON: Raheem Sterling bergelar pemain pertama ditandatangani Chelsea sejak konsortium diketuai Todd Boehly membeli kelab berkenaan, menamatkan tujuh tahun yang berjaya di Manchester City semalam.

Penyerang berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun dengan nilai dilaporkan £50 juta (RM263.61 juta).

“Bintang England, Raheem Sterling menyertai Chelsea dari Manchester City menerusi kontrak lima tahun,” kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Sterling sebelum itu memuatnaik mesej selamat tinggal di media sosial sambil menyatakan dia meninggalkan City sebagai “lelaki” selepas tiba dari Liverpool ketika berusia 20 tahun.

Bagaimanapun selepas perpindahannya disahkan, Sterling yang kini bersama Chelsea pada pramusim di Amerika Syarikat – menukar perhatiannya untuk mencapai sesuatu di bawah kendalian Thomas Tuchel.

“Jelas banyak yang sudah saya kecapi dalam karier saya setakat ini, tapi masih banyak untuk dicapai dan saya tidak sabar untuk melakukannya bersama jersi Chelsea, di bawah kendalian Thomas,” kata Sterling.

“London ialah rumah saya dan di mana semuanya bermula buat saya, dan sesuatu yang menakjubkan kini saya ada peluang bermain di depan kawan dan keluarga pada setiap minggu di Stamford Bridge.”

Sterling yang meraih 77 kaps bersama England, menang empat gelaran Liga Perdana daripada sembilan trofi dimenanginya sejak menyertai City dari Liverpool pada 2015.

Bergelar pemain utama pada tahun-tahun awal kendalian Pep Guardiola di City, Sterling meledak 131 gol dalam 337 penampilan bersama juara England itu. – AFP

Previous articleAnak veteran tentera berpeluang lanjut pelajaran di UniRazak secara percuma
Next articleE-baucar tempahan bilik penginapan memanfaatkan lebih 33 ribu Keluarga Malaysia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here