Tempatan

Raja Permaisuri Agong lawat Sarawak selama dua hari

KUCHING: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Sarawak selama dua hari.

Pesawat yang membawa baginda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 12 tengahari tadi dan beliau disambut oleh isteri Premier Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut serta menyambut baginda Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (Ma63) Dan Perhubungan Negeri Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Pada sebelah petang, Tunku Azizah berkenan melawat Galeri Songket Dan Keringkam di Jalan Masjid dan seterusnya merasmikan galeri tersebut.

Semasa lawatan tersebut, baginda diberi taklimat mengenai galeri tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi Dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr Sabariah Putit.

Seterusnya pada sebelah malam, Raja Permaisuri Agong menghadiri Majlis Santapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Antara yang hadir YM Tengku Puteri Marina Tengku Ibrahim, isteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datin Amar Doreen Mayang dan isteri Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar.

Pada keesokan harinya, Raja Permaisuri Agong berkenaan melawat Kompleks Penjara Puncak Borneo disusuli lawatan ke Muzium Budaya Borneo pada sebelah petang.

Baginda dijadual berangkat pulang ke Kuantan pada pagi Rabu. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *