SARATOK: Pasukan Todak Berjaya milik NHK Legacy muncul juara sekaligus muncul Raja Sungai Kalaka 2023.
Kejayaan itu sangat bermakna selepas berjaya menewaskan Raja Sungai edisi lepas iaitu Burung Garuda sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta piala.
Sementara itu, naib johan dimenangi pasukan Khazanah dan pasukan Baracudda pula memperoleh tempat ketiga.
Tempat keempat menjadi milik pasukan Burung Garuda dan kelima milik pasukan Cahaya Helang Tasik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Regatta Kalaka 2023 adalah acara kemuncak dalam Pesta Saratok tahun ini yang telah mengocakkan Sungai Krian selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Julai.
Penganjuran acara sukan air di Saratok telah diadakan semenjak tahun 1970-an dan ia dikenali sebagai Regatta Sungai Krian.
Sungai Krian dipilih sebagai lokasi untuk pelbagai acara sukan air kerana sungai ini merupakan salah satu jalan pengangkutan utama pada masa itu.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/