Sukan

Raja Sungai Sarawak 2023 milik Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak

KUCHING: Teka-teki Raja Sungai Sarawak 2023 pada Regatta Sarawak 2023 akhirnya terjawab petang tadi apabila Yayasan Sarawak menerusi perahunya Puteri Dang Balai muncul juara.

Cuaca baik dan air Sungai Sarawak yang tenang telah membolehkan Puteri Dang Balai 2 mengungguli saingan akhir perahi bidar 30 pengayuh lelaki dengan saingan terdekat diberikan perahu Udak 18 sejak dari awal perlumbaan. 

Kejayaan ini membolehkan Yayasan Sarawak muncul Raja Sungai Sarawak 2023 sekliagus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 selain piala pusingan.

Sementara itu, di pertengahan saingan perahu Puteri Dang Balai 8 berjaya meloloskan perahunya bagi memberi saingan kepada Puteri Dang Balai 2 namun akur apabila menduduki tempat kedua untuk sampai ke garisan penamat, manakala tempat ketiga dimenangi perahu Udak. 

Dalam pada itu, pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak 8  yang muncul naib juara berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 beserta piala.

Pasukan UDAK 18 pula, memenangi tempat ketiga dengan hadiah RM10,000 dan piala iringan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Yayasan Sarawak mendominasi kategori 30 pengayuh akhir apabila 4 daripada 10 perahu berjaya menempatkan diri selepas berkahirnya pusingan kelayakan. 

Sebanyak 18 buah perahu mengesahkan diri ke pertandingan akhir 30 pengayuh bagi merebut Raja Sungai Sarawak 2023.

Antara pasukan lain yang berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir ialah Jang Aiee, Udak 1, Ngah 2, Todak Berjaya, H & D, DBKU Pantai Damai Binladen 1, Enraz Cahaya Zen tidak boleh dipandang enteng.

Untuk rekod, Yayasan Sarawak merupakan penyandang gelaran yang sama pada tahun lepas dan 2018.

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/ 

Tik Tok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com?_t=8gnGtBJwRWS&_r=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *