Tempatan Ramai guru lebih bersetuju peperiksaan awam berbanding PBS

Ramai guru lebih bersetuju peperiksaan awam berbanding PBS

6

KUCHING: Ramai di kalangan guru lebih bersetuju peperiksaan awam dilaksanakan berbanding Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Menurut Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkiflee Sebli, sistem PBS tidak hanya menyebabkan pelajar kurang fokus, tetapi akan menambahkan beban kerja guru.

Ujarnya lagi, sebaliknya pelajar akan lebih fokus kepada peperiksaan berbanding pentaksiran kerana tumpuan mereka lebih ke arah peperiksaan.

“Kebanyakan guru terutamanya yang mengajar di sekolah rendah lebih berharap UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) diwujudkan semula agar murid-murid lebih fokus kepada pembelajaran mereka.

“Dengan adanya UPSR, murid akan ada ‘target’ tertentu ketika hadir menimba ilmu di sekolah. Jika dahulu, naik sahaja Tahun 6, difikiran mereka ialah UPSR dan mendapat keputusan baik untuk melanjutkan persekolahan ke sekolah asrama penuh atau sekolah khusus.

“UPSR juga memudahkan penempatan murid ke sekolah menengah,” katanya menerusi Utusan Borneo ketia diminta mengulas keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini dan digantikan dengan pengukuhan PBS pada Jumaat.

Tambah Zulkiflee, pelaksanaan sistem PBS bukan isu kepada guru-guru kerana mereka sudahpun didedahkan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Ujarnya, dari segi beban tugas guru akan bertambah kerana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sentiasa meminta pelaporan dan data dari sekolah.

Keadaan itu katanya, menyebabkan guru terpaksa mengejar tarikh tertentu untuk menyiapkan laporan PBD.

“Dalam kesibukan melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), guru terpaksa pula mengejar tarikh selain terpaksa mengisi data, pelaporan dan sebagainya,” katanya.

Previous articlePegawai kanan polis cedera bertembung dengan ambulans
Next article295 jemaah kumpulan haji pertama Malaysia berlepas ke Tanah Suci Mekah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here