GEDONG: Sebuah hotel akan dibina di sini bagi memenuhi keperluan terutama sekali apabila terdapat acara besar, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Beliau berkata, ia adalah susulan sambutan menggalakan terhadap penganjuran Pesta Gedong yang diadakan bermula 28 hingga 30 Julai
“Saya difahamkan semasa Pesta Gedong ini diadakan, hotel dan inap desa di Serian semuanya penuh.
“Jadi, ia menjadi peluang Gedong untuk menyediakan keperluan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penutupan Rasmi Pesta Gedong 2023 di sini pada Ahad.
Abang Zohari memaklumkan, hotel sembilan tingkat yang dirancang tersebut akan dibangunkan bersama dengan bangunan Pejabat Daerah Gedong baharu dalam amaa terdekat.
Foto: UKAS
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/