Dunia Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong sehingga RM35.39 juta

Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong sehingga RM35.39 juta

12

NEW YORK: Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta (RM22.12 juta) dan AS$8 juta (RM35.39 juta), kata firma lelongan, Sotheby’s pada Selasa.

Firma lelong itu akan melakukan lelongan rangka setinggi tiga meter dan 6.70 meter itu di New York pada 28 Julai ini.

Rangka haiwan itu ditemui di Montana, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2018 dan Sotheby’s menyifatkannya sebagai salah satu dinosaur paling berharga yang pernah muncul di pasaran.

Gorgosaurus hidup di bumi kira-kira 77 juta tahun yang lalu dan haiwan dewasa itu biasanya mempunyai berat kira-kira dua tan.

Pakar paleontologi menyatakan bahawa ia lebih ganas dan lebih pantas daripada dinosaur T-Rex dengan gigitan lebih kuat.

Penjualan itu akan menandakan kali pertama Sotheby’s melelong rangka dinosaur penuh sejak ia menjual Sue T-Rex pada tahun 1997 dengan harga AS$8.36 juta (RM36.99 juta).

“Semua spesimen lain Gorgosaurus yang telah ditemui berada di muzium,” kata Cassandra Hatton iaitu Ketua Sains dan budaya Popular Sotheby kepada AFP.

“Ini adalah satu-satunya yang sebenarnya boleh anda beli. Jadi, ini adalah detik yang menarik, baik untuk pengumpul persendirian dan institusi,” katanya. -SINAR HARIAN

Previous articleKPDNHEP perhebat aktiviti penguatkuasaan bendung penyeludupan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi ke negara jiran
Next articleChristophe Galtier dinamakan sebagai ketua jurulatih baharu PSG
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here