Wednesday, March 22, 2023
Menarik Rangka kapal terbang ringan catat Malaysia Books of Rekod

Rangka kapal terbang ringan catat Malaysia Books of Rekod

19

KUALA NERUS: Sebuah rangka kapal terbang ringan yang diturunkan ke dasar laut Pulau Lang Tengah, Terengganu berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada Jumaat.

Ia merupakan kapal terbang ringan pertama yang diturunkan untuk dijadikan tukun bagi membantu persekitaran habitat hidupan laut selain menjadi tarikan baharu di Pulau Lang Tengah.

Usaha penenggelaman rangka kapal terbang jenis Piper PA-31 Navajo atau dikenali sebagai Chieftain ini dijalankan melalui program ‘Malaysia Book of Records: First Aircraft Reef In Malaysia’ bermula 19-212 Mei ini dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).

“Semasa merancang projek ini, PPTD sudahpun mendapat pengesahan daripada pihak Bahagian Taman Laut, Jabatan Perikanan Malaysia termasuk MBOR.

“Ia bagi memastikan semua garis panduan dan piawaian berkaitan termasuk aspek keselamatan alam sekitar diambilkira dan dipatuhi agar tukun yang ditenggelamkan adalah mesra alam sekitar kepada kehidupan marin,” kata Presiden PPTD, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan ketika majlis pelancaran program pada Jumaat.

Tukun berkenaan berjaya diturunkan pada kedalaman 18 meter dari dasar laut.

Kapal terbang dengan panjang anggaran 10 meter dengan lebar sayap 12 meter itu melalui proses pengubahsuaian dengan enjin, tingkap serta beberapa bahagian pesawat dibawa keluar bagi menggalakkan pembiakan hidupan laut serta memudahkan penyelam untuk menikmati pengalaman di tukun berkenaan.

“Tukun kapal terbang ini dilabuhkan ke kawasan dasar berpasir, maka secara langsung akan mengurangkan tumpuan penyelam di terumbu karang sedia ada.

“Dengan ini tekanan ke atas terumbu karang di sekeliling perairan Pulau Lang Tengah dapat dikurangkan sebagai satu usaha meningkatkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam marin,” jelasnya.

Usaha mencatat rekod MBOR ini turut melibatkan pemilik rangka kapal terbang, Dorken Reef Resources (DRR), yang juga berkepakaran dalam pengendalian pemasangan dan pembinaan tukun. -ASTRO AWANI

 

Previous articleBarangan tiruan pelbagai jenama bernilai RM1 juta disita
Next articleTeraju dan USM promosi produk makanan Sarawak di Arab Saudi
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here