Tempatan Rangka mayat yang dijumpai adalah remaja dilaporkan hilang sebelum ini

Rangka mayat yang dijumpai adalah remaja dilaporkan hilang sebelum ini

2

KUCHING: Rangka manusia yang ditemukan di sebuah rumah kedai di Malehah Central, Jalan Matang baru-baru ini dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang pada 15 November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, seorang pekerja kontraktor telah menemukan rangka berkenaan sekitar jam 11:00 pagi Jumaat sebelum memaklumkannya kepada polis.

Menurutnya, rangka berkenaan dipercayai adalah mangsa hilang iaitu pemuda berusia 28, berdasarkan penemuan beberapa barang peribadi mangsa seperti seperti kad pengenalan dan telefon bimbit.

“Mangsa dilaporkan hilang pada 15 November 2021 sebelum ini oleh ibu mangsa.

“Menurut laporan, ibu mangsa mengatakan mangsa tidak ingin tinggal bersama keluarga serta ingin berdikari.

“Ibu mangsa juga memaklumkan bahawa tiada sebarang selisih faham berlaku antara mangsa dengan ahli keluarga lain,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Abang Zainal, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berlaku di lokasi penemuan rangka mangsa kerana pintu tempat itu berkunci dari dalam dan terpaksa dipecahkan untuk pasukan masuk ke dalam.

Malah katanya, pemeriksaan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menganggarkan mangsa telah meninggal dunia lebih dari dua minggu dari tarikh mangsa dijumpai, jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

  • “Kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.
Previous articleSarawak sasar 50 peratus PICKids hujung bulan Februari, setakat ini catat 6.8 peratus
Next articleMasjid baru Kampung Gumpey diluluskan pembinaannya
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here