Tempatan Rapatkan jurang Sarawak dan Semenanjung Malaysia – Ketua Menteri Sarawak

Rapatkan jurang Sarawak dan Semenanjung Malaysia – Ketua Menteri Sarawak

5

KUCHING: Jurang pembangunan di antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia harus dirapatkan. 

Menurut Ketua Menteri Datuk Patingi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini bagi membolehkan rakyat Sarawak berbangga menjadi Keluarga Malaysia. 

“Disebabkan itu, Kerajaan Sarawak menaruh harapan yang besar agar kerjasama di antara kedua-dua kerajaan akan terus dipertingkatkan supaya tiada mana-mana Wilayah di negara ini ketinggalan dari segi pembangunan.

“Usaha-usaha seperti ini harus dilakukan agar kestabilan yang berkekalan akan terus wujud di seluruh negara supaya usaha dapat ditumpukan sepenuhnya untuk membangunkan Malaysia menjadi negara yang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang diadakan di Tebingan Kuching pada Sabtu.

Majlis Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Nanacy Shukri, Ahli Parlimen dan Menteri-menteri Kabinet Sarawak.-SN

Previous articleKetua Menteri alu-alukan kedatangan pelancong ke Bumi Kenyalang, nikmati kepelbagaian makanan, budaya dan tempat menarik
Next articlePemantauan berterusan cegah anak dijangkiti wabak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here