Tempatan

REDS sedia bantu JPBNS depani bencana

KUCHING: Radio Emergency and Drone Squad (REDS) bersedia untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) apabila berlaku bencana.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman, REDStelah banyak membantu pihak Bomba dari segi komunikasi radio dan penggunaan dron dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

“Komunikasi radio sangat membantu untuk menjangkau lebih luas kawasan pedalaman yang masih belum mempunyai liputan selular,” katanya seperti dilaporkan UKAS.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBNS di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi REDS, Lai Chau Leong.

Khirudin menambah, beliau mahu REDS menjadi sebahagian daripada JPBNS untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *