Tempatan Reka bentuk bangunan Gurdwara Sahib (Sikh Temple) tarik perhatian Premier Sarawak

Reka bentuk bangunan Gurdwara Sahib (Sikh Temple) tarik perhatian Premier Sarawak

14

KUCHING: Reka bentuk Bangunan Gurdwara Sahib (Sikh Temple) di Jalan Masjid, di sini telah menarik perhatian Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

“Konsep dan rekabentuk bangunan tambahan itu mempunyai banyak ruang untuk aktiviti sosial, sukan serta kelas-kelas untuk pendidikan dan latihan bagi masa depan generasi muda Sikh. 

“Dengan dengan adanya bangunan ikonik tersebut akan merancakkan lagi lingkaran rumah-rumah ibadat di sekitarnya seperti masjid, gereja dan kuil Cina,” katanya semasa berucap Majlis Pecah Tanah Tambahan Bangunan Gurdwara Sahib (Sikh Temple) pada Sabtu.

Bangunan tambahan tersebut telah dilulus pada Mei 2017 semasa sambutan Vaisakhi.

Pada tahun 2019 pada sambutan yang sama beliau telah menyerah cek bernilai RM3.5 juta untuk tambahan bangunan tersebut dan hari ini juga telah meluluskan peruntukan tambahan disebabkan faktor kenaikan bahan. 

Ujar Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari lagi, dengan adanya Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah mewujudkan keharmonian kaum dan perpaduan agama.

“Dengan adanya UNIFOR maka keharmonian dan perpaduan diantara agama akan lebih kukuh yang tiada di tempat lain di Malaysia,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Premier Sarawak itu turut memberitahu lokasi Bangunan Gurdwara Sahib (Sikh Temple) terletak di lokasi lingkaran komersial terbaru Stesen ART yang  berdekatan. 

“Menariknya lagi, ini akan membolehkan lebih ramai pelancong akan ke kawasan tersebut,” katanya. 

Pada majlis itu, beliau telah menyerah cek kepada Pengerusi Gudwara Sahib, Kuching Dr Kalwinder Singh Kaira dan Pengerusi Gudwara Sahib, Miri serta  melakukan acara simbolik pecah tanah.

Turut hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi UNIFOR, Timbalan Premier Datuk Sri Prof. Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datu Junaidi Reduan.

Previous articleMasalah bekalan bahan api di Kapit disebabkan gangguan jadual penghantaran
Next articleKerajaan tidak peluk tubuh tangani isu kos sara hidup – PM 
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here