Tempatan Remaja hampir disambar buaya ketika di dalam perahu

Remaja hampir disambar buaya ketika di dalam perahu

8

SEMPADI: Seorang remaja berusia 14 tahun hampir disambar buaya ketika keluar bersama ayahnya menangkap ketam di sungai berhampiran Kampong Selenggok Sampadi pada jam 8.30 malam Selasa.

Menurut bapanya, Ambran Taib, 52 tahun, kejadian berlaku dalam sekelip mata.

“Syukur alhamdulillah anak saya tidak diseret ke air. Perahu sepanjang 12 kaki telah 3 kali melambung disebabkan buaya itu.

“Sepantas serangan buaya, sepantas itu juga buaya tersebut menghilangkan diri.

“Saya sempat melihat secara dekat waktu buaya itu cuba hendak menyambar anak saya.

“Paras air sewaktu serangan itu dalam keadaan air surut dan melihat secara jelas buaya itu berukuran sepanjang 15 kaki,” katanya.

Mangsa Sahrul Heiqal Ambran yang cedera di bahagian lutut kaki kiri kini dirawat di Hospital Lundu.

Kejadian itu juga menyebabkan perahu milik Ambran mengalami kerosakan akibat gigitan buaya itu.

Previous articleBoris Johnson terselamat undi tidak percaya
Next articleLelaki hilang di Sungai Telong, Batu Niah mungkin mangsa sang bedal
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here