Tempatan Remaja maut dihempap lif di Bintulu

Remaja maut dihempap lif di Bintulu

197

BINTULU: Seorang remaja lelaki maut selepas dihempap lif barangan gudang dalam kejadian berlaku di Supermarket Doremart di Bintulu pada Isnin.

Menurut maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan pada jam 5.20 petang mengatakan mangsa, Andrew Munding Kuling, 18, yang merupakan pekerja di pasar raya itu dilaporkan tersepit dalam lif di pusat itu.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan KKKM yang hadir ke tempat kejadian.

Pihak Bomba bertindak membantu mengeluarkan mangsa seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleTetapkan harga siling tiket penerbangan ke Sarawak dan Sabah
Next articleKos tunai haji dijangka cecah RM50,000
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here