Tempatan

Remaja tunggang motosikal berkuasa tinggi maut di Jalan Marina, Miri

MIRI: Seorang remaja perempuan berumur 18 tahun maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Marina di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri Alexson Naga Chabu, siasatan awal mendapati motosikal tersebut datang dari arah Tanjung Lubang menghala ke Coco Cabana kemudian membuat pusingan-U menghala semula ke Tanjung Lubang.

Beliau memberitahu,, selepas membuat pusingan-U, motosikal yang ditunggang mangsa disyaki gagal dikawal lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang motorsikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Miri.

“Kesan daripada kemalangan tersebut, motorsikal mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian motorsikal,” Alexson berkata demikian dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, berdasarkan kepada laporan yang dibuat, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis telah menerima laporan pada jam 12:58 pagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *