Nasional Ribuan tetamu dan pengunjung hadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri

Ribuan tetamu dan pengunjung hadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri

8

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meraikan ribuan tetamu dan pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana di sini.

Majlis yang diadakan di kediaman rasmi perdana menteri itu merupakan yang kali pertama dihoskan Ismail Sabri selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri sudah dua tahun tidak dapat diadakan kerana pandemik COVID-19. Kali terakhir ia diadakan adalah pada 5 Jun 2019 di Seri Perdana dan dihoskan perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet beliau.

Lebih 5,000 pengunjung dianggarkan telah hadir pada majlis rumah terbuka itu, yang berkonsepkan suasana kampung selain dihidangkan juadah tradisi ala desa, setakat 10 pagi.

Ismail Sabri yang memakai baju melayu berwarna ‘maroon’ lengkap bersongkok dan bersampin itu tiba di khemah utama Laman Sari iaitu tapak majlis rumah terbuka itu berlangsung, pada pukul 10 pagi bersama isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan terus menyantuni para tetamu.

Turut menyantuni dan meraikan tetamu dan pengunjung di rumah terbuka dengan tema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’ itu ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.-BERNAMA

Previous articleGPS tidak beri laluan kepada parti luar dalam PRU15
Next articleJPJ akan adakan operasi khas buru lori bawa lebih muatan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here