Tempatan

RM1 juta diperuntukan bangunkan kemudahan awam di Sematan

SEMATAN: Sebanyak RM1 juta telah diperuntukan untuk pembangunan dan kemudahan di Zon Sematan meliputi pembinaan  tandas Telok Serabang, Telok Melano, naik taraf Dewan Telok Melano, naik taraf Taman Rekreasi Sematan dan bina baru Benteng Hakisan Kampung Trusan Jaya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Anuar Adenan, bina baru tandas di Kampung Telok Serabang telah siap dan boleh digunakan dengan peruntukan RM100,000.

“Manakala, bina baru tandas awam Telok Melano masih dalam pembinaan dengan kos RM200,000 yang dijangka siap pada April 2022,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja pembinaan dan serah projek pada Rabu.

Katanya lagi, dua projek baharu telah diserahkan kepada kontraktor iaitu naik taraf Dewan Telok Melano dengannperuntukan RM250,000 dan naik taraf Taman Rekreasi Sematan dengan peruntukan RM230,000.

Kesemua projek ini diselaraskan Majlis Daerah Lundu.

Sementara itu, projek bina baru Benteng Hakisan Kampung Trusan Jaya yang masih dalam pembinaan dengan peruntukan RM270,000 diselaraskan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Kuching. -SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *