Tempatan

RM510 juta digunakan untuk pembangunan projek bekalan air di Bahagian Betong

BETONG: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah meluluskan RM510 juta untuk pembangunan projek bekalan air di Bahagian Betong.

Menurut Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, ini merangkumi pelaksanaan 25 Projek Rakyat, 5 projek sambungan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), 5 projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan 2 projek Pejabat Pembangunan Persekutuan. 

“Setakat ini, 93.8 peratus daripada keseluruhan kawasan di bahagian Betong telah disalurkan dengan air bersih dan terawat. 

“Apabila projek yang berada dalam peringkat perancangan dan pembinaan ini dilaksanakan dengan sepenuhnya, ia akan dapat merealisasikan visi kerajaan menambah baik sistem bekalan air di bahagian ini.

“Ini, sekali gus menyelesaikan isu bekalan air bersih dan terawat di bahagian Betong,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong, di Betong. 

Menurut Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, semua projek itu merupakan sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang diilhamkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyelesaikan isu bekalan air secara menyeluruh di negeri ini. 

Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat suasana dan keselesaan tempat kerja. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *