Tempatan

Rumah Terbuka Gawai Meriah

KUCHING: Rumah Terbuka Gawai anjuran pemimpin-pemimpin Dayak Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan etnik.

Majlis yang bermula seawal jam 10 pagi turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tetamu disajikan dengan pelbagai juadah serta persembahan yang mewakili etnik serta budaya masyarakat Bumi Kenyalang.

Majlis dianjurkan pemimpin-pemimpin Dayak Sarawak di peringkat Persekutuan dan negeri yang diketuai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah. 

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Terdahulu, dalam perutusan sempena sambutan Gawai Dayak 2023, Abang Johari berkata kaum Dayak mempunyai aset besar dalam bentuk pemilikan tanah yang harus diberi keupayaan untuk menjana pendapatan menerusi pelbagai cara.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur bagi menyokong usaha pembangunan di kawasan luar bandar.

“Usaha ini melibatkan perbelanjaan besar, namun saya yakin dengan pendapatan negeri yang semakin bertambah ia dapat dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa agensi pembangunan setempat yang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *