Tempatan Rumah teres 2 tingkat musnah dalam kebakaran di Kampung Gita

Rumah teres 2 tingkat musnah dalam kebakaran di Kampung Gita

10

KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat berstruktur kekal musnah dalam satu kebakaran  di Taman Mawar Kampung Gita pada petang Rabu.

Menurut Pusat Operasi Bomba Sarawak, kebakaran telah memusnahlan 80 peratus bangunan rumah tersebut.

Bomba menerima laporan kejadian pada jam 3:54 petang dan terus menghantar bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan Batu Lintang bersama dua buah FRT,  dua EMRS dan 19 anggota yang diketuai Pero dan Awang Saiful.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, seorang anggota Bomba, PB Irwandy Matal telah mengalami sesak nafas semasa operasi dan dihantar ke Hospital Umum Kuching. -SN

Previous articleKWSP beritahu pengeluaran khas RM10,000 adalah yang terakhir
Next articlePutus tangan, tidak berpakaian wanita dipercayai dibaham buaya
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here