Tempatan

‘Rusa’ liar masuk bandar dihantar ke SFC

BETONG: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah menyerahkan seekor rusa dewasa liar kepada Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) Bahagian Kuching pada Jumaat.

Menurut BBP Sarawak, rusa liar tersebut didapati mengalami kecederaan di bahagian belakang.

“Justeru, rusa liar berkenaan telah diserahkan kepada Penolong Pegawai Hidupan Liar Betong Mawan Antas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu pada Khamis, BBP Sarawak melaporkan terdapat seekor rusa berada di dalam parkir kereta rumah seorang lelaki di Taman Perumahan Lempaong.

“Pasukan Bomba yang lengkap PPE bersama kakitangan SFC Bahagian Betong tampil menangkap hidupan terlindung tersebut dan diikat menggunakan tali serta di bawa balik ke BBP Betong dalam keadaan masih hidup.

“Rusa tersebut telah diangkat dan dibawa menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda ke Balai Bomba Betong,” katanya.

Artikel asal Suara Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *