Dunia Rusia umum genjatan senjata

Rusia umum genjatan senjata

10

MOSCOW: Rusia pada Isnin mengumumkan akan mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kyiv, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine mulai 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) untuk memindahkan orang awam.

Konflik Rusia dengan Ukraine mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa menyaksikan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas Moscow, lapor Agensi Anadolu. 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 364 orang awam terkorban manakala 759 lagi cedera sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada 24 Februari.

Lebih 1.5 juta orang dilaporkan melarikan diri dari Ukraine.-BERNAMA

Previous articlePermohonan permit umrah Ramadan sudah dibuka
Next articleProjek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa Dua Sarawak Dijangka Siap 2028
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here