Dunia Russia ingatkan AS jangan cetuskan konfrantasi

Russia ingatkan AS jangan cetuskan konfrantasi

15

MOSCOW: Russia mengkritik keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk membekalkan sistem roket berteknologi tinggi dan peluru ke Ukraine, selain turut memberi amaran mengenai risiko konfrontasi langsung antara dua kuasa besar itu.

Timbalan Menteri Luar Russia, Sergei Ryabkov, memberitahu agensi berita kerajaan, RIA Novosti, bahawa Moscow melihat bantuan ketenteraan AS kepada Ukraine sebagai ‘sesuatu yang sangat negatif’.

Beliau menegaskan bahawa Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) adalah pelancar roket berbilang keupayaan yang boleh menyerang dengan ketepatan tinggi ke atas sasaran jarak jauh.

Washington berkata sistem itu akan dimasukkan ke dalam pakej bantuan AS$700 juta (RM3 bilion) yang dijangka didedahkan hari ini.

Pegawai pentadbiran kanan berkata Ukraine memberikan jaminan bahawa peluru berpandu HIMARS tidak akan digunakan terhadap sasaran di dalam Russia.

“Kita sudah bergerak dengan pantas untuk menghantar sejumlah besar senjata dan peluru ke Ukraine untuk membolehkannya bertempur di medan perang dan berada dalam posisi terkuat di meja rundingan.

Perkara itu ditulis Presiden AS, Joe Biden, dalam ruangan pendapat di akhbar New York Times.

Ryabkov, ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku konfrontasi langsung antara AS dan Russia, menyalahkan Washington kerana meningkatkan permusuhan di Ukraine.

“Sebarang penghantaran senjata yang diteruskan, yang sedang ditambah, menaikkan risiko perkembangan itu.

“AS tidak melakukan apa-apa demi kepentingan mencari penyelesaian, sama seperti pendiriannya selama bertahun-tahun sebelum permulaan operasi ketenteraan khas,” katanya. – REUTERS

Previous articleAbang Zohari serah kepada Perdana Menteri tetapkan tarikh PRU-15
Next articleTidak akan melewatkan sesaat untuk adakan pilihan raya jika BN sudah bersiap siaga
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here