Tempatan RUU Lembaga Industri Getah Sarawak 2022 Lulus

RUU Lembaga Industri Getah Sarawak 2022 Lulus

4

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Industri Getah Sarawak 2022.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar telah meluluskan RUU Lembaga Industri Getah Sarawak 2022 pada bacaan ketiga selepas dibahaskan oleh 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata semangat penubuhan Lembaga Industri Getah Sarawak 2022 mengiringi kelulusan RUU ini untuk meningkat pendapatan isi rumah dan memenuhi sasaran negeri maju pada 2030.

“Semangat penubuhan Lembaga Industri Getah Sarawak 2022 ini sebenarnya adalah untuk membantu pekebun kecil terutamanya meningkatkan pendapatan isi rumah B40 kepada RM6,000 dan memenuhi sasaran negeri ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU Lembaga Perindustrian Getah Sarawak 2022 bacaan ketiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.

Terdahulu, dalam pembentangan bacaan kedua, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memberitahu pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Industri Getah Sarawak 2022 ini bertujuan merangka hala tuju dan dasar yang lebih komprehensif industri getah di negeri ini.

Menerusi lembaga ini juga membolehkan peruntukan lebih besar diperuntukan dalam industri getah Sarawak pada masa akan datang.

“Pengenalan Rang Undang-Undang baharu ini membentuk fungsi kawal selia dengan rangka kerja yang saling berhubung dan menetapkan laluan untuk hala tuju dasar yang lebih komprehensif daripada yang terdahulu.

“Di samping itu juga membuat peruntukan yang lebih baik dengan industri getah, khususnya pekebun kecil di Sarawak.

“Peruntukan ini akan meningkatkan semua inisiatif dan campur tangan kerajaan untuk dilaksanakan dengan jayanya,” ujarnya.

Previous articleSarawak hanya mula guna gelaran ‘Premier’ selepas diwartakan
Next articleKJM Samariang Aman & Lake Side Pelawa Orang Ramai Sertai Program Derma Darah & Saringan Kesihatan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here