Tempatan Safiee Cadang Kawasan Pesisir Yang Tumbuh Pokok Nipah Diwartakan Sebagai Tanah NCR

Safiee Cadang Kawasan Pesisir Yang Tumbuh Pokok Nipah Diwartakan Sebagai Tanah NCR

2

KUCHING: Pengwujudan Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah ini adalah satu langkah proaktif Kerajaan Sarawak untuk memastikan produk yang dihasilkan daripada kedua-dua bahan mentah itu dapat dikekal dan dipertingkatkan pengeluarannya bagi memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa. 

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad mencadangkan Kerajaan Sarawak mewartakan kawasan di pesisir yang mempunyai tumbuhan pokok rumbia bagi memastikan bahan mentah itu sentiasa kekal ada dan untuk komuniti setempat. 

“Saya ingin mencadangkan supaya pokok Nipah yang tumbuh di sepanjang kawasan pesisir hendaklah diwartakan supaya ianya tidak dimusnahkan untuk pembangunan yang lain serta perlu dikekalkan sebagai tanah NCR untuk komuniti di kawasan pesisir,” katanya semasa mengambil bahagian dalam pembahasan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah di DUN Sarawak pada Rabu. 

Beliau dalam pada itu, turut juga mencadangkan agar Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah ini memperkenalkan penggunaan teknologi terkini dalam industri ini bagi memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa.

Ini termasuklah menyediakan program latihan dan pembangunan kemahiran yang sesuai kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi industri ini.

Previous articleRUU Tafsiran (Pindaan) 2022 Beri Manfaat Kepada Bumiputera Sarawak
Next articleDUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan (2021), 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here