BEIJING: Kumpulan saintis China menghasilkan satu alat ujian Covid-19 yang didakwa boleh memberi keputusan tepat seperti ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) hanya dalam tempoh empat minit.
PCR digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk melakukan ujian Covid-19, namun keputusannya hanya diperoleh dalam tempoh beberapa jam atau paling lama 24 jam.
Alat ujian itu dihasilkan oleh kumpulan saintis di Universiti Fudan di Shanghai.
Menurut kumpulan itu, mereka menggunakan mikroelektronik untuk menganalisi bahan genetik dari ujian calitan.
Katanya, penggunaan bahan itu dapat mengurangkan masa mengesahkan keputusan ujian Covid-19 dalam makmal.
“Kami menggunakan pengesan bio elektromekanikal bagi mengesan kehadiran koronavirus dalam satu alat mudah alih.
“Alat itu mampu mengeluarkan keputusan yang tepat hanya dalam masa empat minit,” kata kumpulan saintis tersebut.
Ujian penggunaan alat itu melibatkan 33 orang yang dijangkiti Covid-19.
Hasilnya, keputusan sama seoerti melakukan ujian PCR. – AFP