Tempatan Sambut baik perbincangan semakan geran khas untuk Sarawak

Sambut baik perbincangan semakan geran khas untuk Sarawak

4

KUCHING: Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik langkah Kementerian Kewangan dan Kerajaan Sarawak untuk memulakan perbincangan mengenai semakan geran khas bagi negeri ini.

Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak itu berkata, beliau menyokong cadangan yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Katanya, langkah tersebut merupakan salah satu berita baik khasnya buat rakyat di negeri ini.

“Malah, ia adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan dan menghormati hak Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Bagi rakyat Sabah kata Karim, perkara berkaitan pemberian geran khas akan dibincangkan pada Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) pada 14 Mac depan, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Manakala bagi Sarawak jelasnya, Maximus turut mendedahkan penyerahan kuasa dalam pengagihan gas petroleum cecair (LPG) di negeri ini telah pun berlangsung pada 1 Jun tahun lepas, selepas ia dipersetujui semasa MKMA63, yang diketuai bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kedua-dua Kerajaan Sarawak dan Sabah turut diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen perikanan laut dalam pada 18 Oktober lalu semasa mesyuarat MKMA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di mana butirannya dijangka diselesaikan selewat-lewatnya bulan depan.

“Alhamdullilah, kedua-dua Sarawak dan Sabah juga akan mendapat manfaat daripada pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan

Persekutuan, yang diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat pada 14 Disember tahun lalu,” tambahnya.

Sehubungan itu katanya, Sarawak akan sentiasa menyokong usaha berterusan dalam resolusi penting dan bersejarah pada pindaan perlembagaan kepada Perkara 1(2) dan 160(2).

Katanya ia berkaitan status sama rata Sabah dan Sarawak, untuk mentakrifkan semula ‘Persekutuan,’ dan menginstitusikan 16 September sebagai Hari Malaysia.

“Syabas juga kepada Kerajaan Persekutuan, melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), yang akan terus membincangkan isu-isu mendesak dan memastikan hak dan tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak dipenuhi.

“Kita juga mengalu-alukan penganjuran mesyuarat dan perbincangan yang terus diadakan sepanjang tahun dengan tujuan untuk menyelesaikan sebarang isu sepanjang perjalanan,” katanya lagi.-SUARA SARAWAK

Previous articleDBKU sediakan 152 tapak bazar Ramadan
Next articleKaji semula peruntukan khas bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here