Tempatan

Sambutan ambang tahun 2024, perasmian tiang bendera di Waterfront Kuching

KUCHING: Sambutan ambang tahun 2024 akan diadakan di Tebingan Sungai Kuching, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Justeru, beliau berharap cuaca akan berada dalam keadaan baik semasa acara berkenaan diadakan pada 31 Disember kelak.

“Tahun lepas kita mengadakannya di Stadium Tertutup dan tahun ini kita memilih Waterfront Kuching sebagai lokasi perayaan.

“Saya berharap betul cuacanya baik,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan (TGM) SABERKAS Negeri Sarawak ke-17 di Hotel Pullman di sini pada Selasa.

Menurut Karim lagi, sambutan ambang tahun baru kelak mempersembahkan artis-artis terkenal dan pertunjukkan bunga api.

Beliau turut menambah, pada hari yang sama, akan dirasmikan tiang bendera Sarawak yang memiliki ketinggian kira-kira 99 meter, tiang bendera tertinggi di Malaysia.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *