Dunia

Sara Music bawa bakat tempatan Sarawak buat mini showcase di Pontianak

PONTIANAK: Sara Music, studio produksi muzik dari Kuching, Sarawak Malaysia, membawa dua bakat seni tempatan Bumi Kenyalang mengadakan mini showcase di Pontianak, Kalimantan Barat (Kalbar) pada 17 Januari lepas.

Penampilan pertama dua penyanyi berbakat, Nadhar Idrus dan Faris Malik di negara jiran Sarawak itu memukau pengunjung di Cielo-Sky Lounge Beer Garden, Harris Hotel Pontianak.

Persembahan bakat muda itu turut menarik perhatian warga media Kalimantan Barat dan pihak Konsulat Malaysia di Pontianak-Kalbar.

Nadhar dan Faris membawakan lapan lagu, termasuk hits Indonesia terkini seperti “Tak Ingin Kehilangan,” “Dia,” “Rumah Singgah,” “Dawai,” dan “Tak Segampang Itu.”

Mini Showcase berkenaan menjadi pintu kepada Sara Music untuk mengukuhkan kehadiran mereka terutama sekali di persada antarabangsa.

Selain itu, ia memberi peluang kepada Sara Music untuk menjalin kolaborasi dengan para ahli muzik di Kalimantan Barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *