Tempatan

Sarawak akan guna sistem percetakan 3D bina rumah, bangunan – Abang Johari

KUCHING: Sarawak bercadang menggunakan pembinaan rumah dan bangunan di negeri ini dengan menggunakan teknologi sistem percetakan 3D. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan kepakaran dari China agar projek yang dilaksanakan di negeri ini dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. 

“Ketika ini saya telah menghantar kumpulan syarikat pembinaan daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC) ke negara China untuk mempelajari pencetakan 3D bagi pembinaan rumah yang lengkap dalam masa yang singkat,” katanya ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Jumaat. 

Ujar Abang Johari lagi, cara baharu ini dijangka akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing yang sekaligus meningkatkan digitalisasi dalam membangunkan Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *