Tempatan Sarawak akan teruskan projek mega yang dibiayai kerajaan negeri – Datuk Patinggi...

Sarawak akan teruskan projek mega yang dibiayai kerajaan negeri – Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari

6

KUCHING: Sarawak tidak akan menangguhkan pelaksanaan projek mega yang dibiayai Kerajaan Sarawak, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Beliau berkata Sarawak mempunyai hasil yang mencukupi untuk meneruskan pelaksanaan projek mega itu.

“Saya tidak tahu mengenai projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan tetapi projek yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak akan diteruskan,” katanya kepada media selepas melancarkan sambutan Hari Hutan Antarabangsa Sarawak di sini pada Selasa.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari ditanya mengenai laporan bahawa Kerajaan Persekutuan mungkin akan mempertimbangkan untuk menangguhkan projek mega memandangkan unjuran kos subsidi sebanyak RM77.3 bilion tahun ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pada Isnin bahawa Kerajaan Persekutuan belum membuat keputusan muktamad untuk menangguhkan pelaksanaan projek mega bagi menjimatkan kos.

Bagaimanapun, katanya lagi Kerajaan Persekutuan perlu meneliti langkah penjimatan kos bagi memastikan kedudukan kewangannya kekal kukuh.

Previous articleKhaby Lame catat rekod baharu Tik Tok punyai 142.8 juta pengikut
Next articleMuzium Budaya Borneo akan mula pelawat secara ‘walk-in’ mulai 1 Julai
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here