Dunia

Sarawak belajar sistem dan pengurusan operasi pelabuhan dari Jepun

TOKYO: Delegasi Kerajaan Sarawak mengadakan lawatan ke negara Jepun bagi mempelajari sistem dan pengurusan operasi pelabuhan di negara berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mengetuai delegasi itu telah mengadakan lawatan berkenaan selama lima hari ke dua buah pelabuhan Jepun bermula Isnin lepas.

Dalam lawatan delegasi Sarawak itu, perbincangan dua hala dengan pemain industri pelabuhan Jepun dan pelabur semasa di Pelabuhan Samalaju, Bintulu, Sarawak telah dilakukan mengenai pemerhatian dan cadangan pihak berkepentingan untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi Pelabuhan Samalaju.

Lawatan diteruskan ke Pelabuhan Onahama dimana delegasi Sarawak telah diberi taklimat komprehensif dan perkongsian idea oleh wakil Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) dan Pengendali Pelabuhan di Pelabuhan Onahama iaitu OHBT Corporation Jepun mengenai operasi pelabuhan, teknologi baharu dan amalan model perniagaan antara sektor swasta dan sektor awam Wilayah Fukushima.

Dalam pada itu, delegasi Sarawak itu juga turut berpeluang  mempelajari pengurusan teknologi jalan raya Chiba Prefecture.

Sementara itu, pada Rabu, lawatan telah diteruskan ke Pelabuhan Yokohama di Wilayah Kanagawa.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *