Tempatan Sarawak benarkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri

Sarawak benarkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri

2323

KUCHING: Kerajaan Sarawak membenarkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun ini. 

Perkara ini dimaklumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Majlis Penyerahan Sumbangsih Raya 2022 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Jumaat. 

“Tahun ini dibenarkan dibolehkan mengadakan rumah terbuka dalam fasa endemik, tetapi jumlah tetamu mestilah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

“Tetamu yang hadir tidak boleh terlalu ramai,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang akan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Pada masa sama. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menasihati orang ramai yang pergi ke bazar Ramadan untuk berniaga dan membeli juadah berbuka puasa supaya berhati-hati dan sentiasa menjaga SOP. 

“Tahun ini kita memasuki fasa endemik dan sudah pastinya masyarakat boleh bergerak terutamanya ke bazar Ramadan. 

“Dalam kita diberikan kelonggaran ini, saya menasihatkan supaya kita terus menjaga kesihatan kita dengan mematuhi SOP,” ujarnya. 

Previous articleRusia digantung, Malaysia undi berkecuali di PBB
Next articleProjek ART bagi laluan Samarahan bermula 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here