Tempatan Sarawak beri dos penggalak COVID-19 kedua mulai 22 April ini

Sarawak beri dos penggalak COVID-19 kedua mulai 22 April ini

13

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak yang baharu, Dr. Ooi Choo Huck di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu.

Dr. Ooi telah dilantik memegang jawatan berkenaan pada 1 Mac lepas bagi menggantikan Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.

Dalam pada itu, Datuk Amar Douglas turut memaklumkan, Sarawak bakal melancarkan pemberian kedua dos penggalak COVID-19 mulai 22 April ini.

Katanya, terdapat dua kategori penerima yang layak bagi vaksinasi berkenaan.

“Kategori pertama ialah individu berumur 60 tahun yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dan kategori kedua pula ialah bagi individu berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai ‘imunocompromised’ sederhana atau teruk,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Datuk Amar Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak juga memaklumkan, proses vaksinasi akan dilaksanakan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di klinik kerajaan dan swasta serta hospital swasta.

Sehubungan itu, Datuk Amar Douglas menggesa individu yang layak untuk menghubungi pusat vaksinasi berdekatan untuk melakukan temu janji.

Beliau turut memaklumkan seramai 1,637,167 (90%) individu yang layak di Sarawak telah menerima dos penggalak setakat 19 April 2022.

“Saya menyeru seramai 181,589 lagi individu yang layak belum menerima dos ini, sila tampil mendapatkannya segera,” ujarnya.

Previous articleCuba lakar sejarah terbang ke Sabah guna ‘sirat’, berkaki ayam
Next article10.33 juta kenderaan elektrik di China, transformasi industri kenderaan elektrik di dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here