Tempatan Sarawak bersedia sumbang dana jayakan Lebuh Raya Sabah-Sarawak Link Road dan Trans...

Sarawak bersedia sumbang dana jayakan Lebuh Raya Sabah-Sarawak Link Road dan Trans Borneo

9

GEDONG: Kerajaan Sarawak bersedia menyumbang dana bagi menjayakan projek infrastruktur Lebuh Raya Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) dan Trans Borneo bagi melengkapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dijalankan.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, ia akan dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan prestasi projek.

“Kita akan melihat keadaan, kalau prestasinya (projek) berjalan dengan baik, sudah tentu kita (Sarawak) akan menyumbangkan (dana),” katanya ketika ditemui media bagi mengulas mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan mengenai pelaksanaan projek mega tersebut seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Perdana Menteri sebelum ini mendedahkan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambahbaik pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak bagi memantapkan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat.

Untuk rekod fasa pertama projek SSLR di Sarawak membabitkan jajaran sepanjang 786 kilometer yang kini telah mencapai 78 peratus kemajuan kerja.

Sementara itu, Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan.

Sebelum ini, sejumlah RM600 juta diperuntukkan untuk membina LTB yang merupakan lingkaran dalam Dataran Tinggi Borneo bermula dari Kalabakan ke Serudong, Sabah.

Jajaran itu kemudian dihubungkan ke Simenggaris Kalimantan melalui Tawau melalui kawasan Melinau untuk ke Daerah Krayan seterusnya ke Long Bawan (Kalimantan Utara) yang terletak bertentangan dengan Ba’Kelalan sebelum ke Long Medan dan keluar semula dari Buduk Nur Ba’Kelalan yang kemudiannya dihubungkan dengan SSLR.

LTB dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun akan datang dan ia akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Indonesia.

Previous articleIbnuqaldoon catat sejarah rakyat Sarawak pertama wakili negara dalam sukan e-sport di Sukan SEA Hanoi
Next articleSempadan negara akan dibuka dalam masa terdekat – PM
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here