Tempatan Sarawak contoh perpaduan terbaik negara – Aaron

Sarawak contoh perpaduan terbaik negara – Aaron

4

KUCHING: Semangat perpaduan serta toleransi antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti negeri lain dalam negara.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata semangat hidup secara harmonis itu juga penting ketika negara kini mempunyai kerajaan yang berasaskan perpaduan.

“Kita di Sarawak tidak mempunyai masalah perpaduan di sini. Kami hidup dalam suasana harmoni di sini.  

“Diharapkan apa yang kita amalkan di sini dapat diikuti negeri lain di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini.

Sementara itu, Aaron berkata Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Arkib Negara yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pelancongan kini diletakkan di bawah kementeriannya.

Pada 2 Dis lepas, Aaron yang merupakan wakil rakyat Kanowit sejak 2004 telah dilantik dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan II dari 2020 sehingga 2022 di bawah dua perdana menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -BERNAMA

Previous articleIndonesia bebaskan bekas anggota JI terbabit serangan bom di Bali dengan parol
Next articlePenjawat awam wajar diberi bonus satu bulan setengah gaji – Cuepacs
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here